Satu cerita untuk dikongsi bersama : Khusus kepada yang mudah terganggu dengan tekanan dan masalah.
Seorang ahli psikologi berjalan keliling sebuah bilik sambil menyampaikan ceramah berkaitan pengawalan tekanan kepada hadirin. Sebaik dia menunjukkan sebuah gelas yang ada berisi air sebahagiannya, setiap orang mengagak pasti dia akan bertanya soalan biasa 'Adakah gelas ini separuh penuh atau separuh kosong'. Namun dengan senyuman di wajahnya, DIa bertanya: Berapa beratkah gelas dan air yg saya pegang ini?
Terdengar suara2 menjawab antara 50 gram hingga 100 gram.
Dia menjawab, 'Berat sebenarnya tidak penting. Ia bergantung selama mana saya memegangnya. Jika seminit, tiada masalah. Jika satu jam, saya akan rasa sakit di lengan. Jika sehari, lengan saya akan rasa kebas dan dalam melakukan ini berat gelas tidak berubah tapi lebih lama saya memegangnya lebih berat saya rasa sehingga akhirnya boleh lumpuh tidak tertanggung dan gelas pun jatuh berkecai'. Sambil menoleh kearah hadirin: 'Begitulah Tekanan dan masalah dalam kehidupan sprti gelas berisi air td. Fikirkan mengenai nya seketika Tiada apa berlaku, Fikirkan mengenai tekanan atau masalah tu lebih lama anda akan mula terasa terganggu. Jika anda terus pikirkan seharian, anda akan lebih terluka sehingga tidak mampu lakukan perkara lain kerana terlalu dipengaruhi perasaan negatif. Dan jika anda terus memikirkan hal2 yg membebankan lebih lama, anda akhirnya akan turut berkecai seperti gelas itu dan hilang rasional. '
Maka sangatlah penting untuk kita mengenepikan tekanan dan masalah yg wujud secepat yang boleh. Mencari penyelesaian tidak bermakna perlu dibebani dengan pemikiran yang merosakkan kehidupan. Cari penyelesaian tanpa perlu membebankan diri dengan rasa susah hati dan kecewa dengan tekanan dan masalah yg dihadapi. INGATlah untuk meletakkan gelas itu ke bawah dan Jangan dipegang lama2. Begitulh bila berhadapan masalah dan tekanan. Melayan hati yang susah tidak akan menyelesaikan masalah malah lebih membebankan jiwa dan merosakkan kehidupan sendiri. Berfikirlah kehadapan dan gembirakan hati dan orang2 sekitar kerana hidup ini sangat indah jika bijak memanfaatkannya


No comments:
Post a Comment