Powered By Blogger

Tuesday, 5 March 2013

Pray 4 sAbah..




Saya rasa terpanggil untuk memberi pandangan selepas membaca beberapa artikel dari akhbar2 di Filipina pdhari ini. Khususnya berkaitan tragedi di Lahad Datu, Semporna dan Kini Kunak. Sebelum saya menyatakan pandangan dengan cara serangan yg mengorbankan lebih ramai anggota keselamatan kita. Terlebih dahulu kita lihat kenyataan dari 'Princess Jaccel Kiram' yg mengatakan Honour is above life, hence dead is nothing in their fight for their right. Kenyataan yg dikeluarkan dlm akbar Manila Standard Today edisi ahad 3.3.2013 ini sangat signifikan dlm mempertimbangkan pelbagai perkara samada sekarang atau akan datang berkaitan isu keselamatan di Sabah.


 Mereka dan sebahagaian rakyat Filipina khususnya di sebelah selatan sangat yakin SABAH adalah secara sejarah hak Filipina. Satu pernyataan menyakitkan hati SEMUA penduduk Sabah kecuali keturunan pengkhianat sj akan akan berfikir bgtu. Apa yg dilancarkan oleh Sultan Sulu diambang kita akan menghadapi pilihanraya umum yg dijangka sangat sengit juga menimbulkan pelbagai spekulasi hinga pihak Kerajaan dan pembangkang saling tuduh menuduh. Saya tidak mau terperangkap dlm isu politik yg merendahkan intelektual seperti yg kita sering mendengarnya. Isu keselamatan adalah hak kita dan kita semua berhak memikirkan yg terbaik tanpa terpengaruh dgn unsur2 yg tdk berkaitan dan melemahkan seperti permainan politik yg tdk kena tempat. Pada saya kedua2 pihak Kerajaan dan Pembangkang lbh baik tdk mengulas isu ini dari sudut politik jika benar2 serius untuk membantu rakyat di Sabah mengatasi masalah ini. Apabila pemimpin bertelagah dgn saling menyalahkan rakyat di bawah menjadi lebih 'GILA' dan mereka bukan pula meredakan keadaan sebaliknya menambah beban. Pemimpin apakah seperti itu. Sama sj pd saya sikap pemimpin2 politik ini terhadap isu2 berkaitan peristiwa ini. Cubalah fikirkan dgn serius bagaimana untuk memperbaiki keadaan dan pelan yg lebih baik dlm aspek keselamatan akan datang.

     Saya teringat dulu Malaysia pernah melakukan latihan bersama MNLF dlm usaha memupuk kerjasama. Namun kini seolah2 Keris makan tuan. Walaupn tidak dinyatakan penyerang2 yg datang itu dari kalangan pasukan berkenaan tp laporan sebuah akhbar di Filipina hasil temuramah dgn Haji Gapul Hajirul, Penganalisis Politik MNLF berkata mereka memberi sokongan padu dgn Sultan SULU dan orang2nya bersedia bertindak bila2 masa. Malah menegaskan semua orang2nya yg bersenjata sedang bersiap sedia sekarang di Sulu, Tawi Tawi dan Basilan. Mereka tidak sabar memasuki SABAH (kenyataan akhbar ini ada sya letak dikomen bawah). Kenyataan dari MNLF dan saudara mara 'Sultan KIRAM' yg sanggup mati dari berhenti sangat menakutkan untuk membayangkan penduduk Sabah yg sentiasa aman damai bakal terancam dgn pelbagai kemungkinan. Bukan sj itu penduduk Filipina di Sabah pn sudah mula dicurigai sekalipun ada yg tdk menyokong tindakan org2 KIRAM ini. Mengambil kira kenyataan itu dan serangan begitu 'berkepakaran' di Lahad Datu dan Semporna sehingga kematian lbh byk pd pasukan Malaysia menunjukkan pengganas2 Filipina itu seperti sudah terlatih dlm latihan perang. 
   
                Taktik dan strategi bukan lagak amatur yg baru memegang senjata. Lebih mendebarkan apabila pihak berkuasa dapat memintas satu bot di Kunak dn mereka membawa senjata. Bagaimana dgn yg tidak berjaya dipintas jika ada yg berjaya menyeludup dgn masuk melalui Pulau ke Pulau dan mendarat di kawasan jauh dari orang ramai. Kalau dikira seluruh Sabah terancam termasuk Kota Kinabalu kerana di kawsan Sepanggar dan Pulau Gaya jg dipenuhi orang2 Filipina yg diberi kemudahan asas dn sekolah tp bila sudah dalam situasi yg melibatkan keturunannya. Saya ragu jika mereka akan mengenang budi MALAYSIA. Saya tidak berniat untuk membuat spekulasi tp semua kemungkinan haruslah diambil serius bukankah mencegah lebih baik. Setiap kali di TV Pihak Polis akan mengatakan Keselamatan terkawal tp semakin byk pula kematian dari orangnya. Sebagai rakyat Sabah khususnya kita semua tidak mau melihat nyawa orang awam terancam dan menjadi mangsa pembunuhan sekiranya apa yg dikatakan pasukan MNLF utk memasuki Sabah menjadi kenyataan.


"Jangan ditanya apa jasa negara kepada kita TETAPI tanyalah apa jasa kita kepada negara?..."
MALAYSIA tanah air tercinta...semoga perjuangan yang belum selesai ini bernoktah dengan jayanya...Insya-Allah...
Selamat berjuang pewira-pewira negara...Doa kami warga MALAYSIA mengiringi setiap langkah perjuanganmu......;)



No comments:

Post a Comment